MahkamahNasional

Mahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memulangkan sementara pasport Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membolehkan Ahli Parlimen Muar itu menghadiri dua sidang antarabangsa bulan depan.

Hakim Azhar Abdul Hamid mengarahkan pasport itu dikembalikan kepada Presiden Muda itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Afif Ali tidak membantah permohonan Syed Saddiq.

Dalam permohonannya, Syed Saddiq berkata, beliau akan menyertai kursus antarabangsa mengenai polisi dadah di Switzerland selama lima hari mulai 1 Mei.

Beliau kemudiannya akan menghadiri dan berucap pada Persidangan Kepimpinan Asia 2023 di Korea Selatan yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Mei ini nanti. – FMT – SM

BACA Ahmad Zahid dapat semula pasport antarabangsa dan pasport diplomatik


 

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button