Rencah Hidup

Wanita sejati tetapi suara garau seperti lelaki

Wanita yang pernah tular mempunyai keunikan suara, Nurnazrah Abd Samat, 21, mengakui suaranya garau seperti lelaki sejak berusia 18 tahun.

Menurutnya setahun sebelum itu suaranya sudah mula ‘pecah’ dan garau sebelum akhirnya menjadi seperti suara lelaki dewasa.

Berkongsi lebih lanjut tentang kisahnya, wanita itu berkata dia mempunyai cukup sifat dan mengalami perubahan episod ‘keremajaan’ sama seperti gadis lain, malah suaranya juga seperti Perempuan sebelum ini.

@harszanjualrumah

Replying to @anamz

♬ original sound – ‍ – harszanjual

‘’Saya pun tiada jawapan kenapa suara saya boleh berubah seperti ini dan juga ada berjumpa doktor, tetapi ia tidak mempunyai masalah termasuk kotak suara atau tonsil. Jadi saya terima saja pemberian Allah SWT dengan lapang dada.

“Mungkin juga suara saya pecah dan garau sebab suka menyanyi lagu yang bernada tinggi, menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara saya. Tetapi tak apalah asalkan saya ada suara dan boleh bercakap,” katanya kepada Harian Metro.

Jelasnya lagi, dia tidak bimbang dengan tanggapan atau komen dari orang ramai kerana tidak pernah menipu sesiapa bagi dirinya ibu bapa ada terpenting dalam hidupnya dan lebih mengenalinya walaupun Cuma anak angkat.

Beliau yang merupakan agen hartanah itu mendapat perhatian di TikTok, netizen mula mempersoalkan tentang pakaiannya, menyangka dia lelaki berpakaian wanita atau hanya menggunakan aplikasi suara untuk kandungan video di akaun sosial sehingga mengelirukan netizen.

Artikle Berkaitan :>

Rupanya ramai wanita Kelantan kahwin kontrak dengan warga asing

Bekas pengikut parti politik zahir syukur lihat Haneesya Hanee cuba tutup aurat

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button