NegeriRencah Hidup

Raja Muda Perlis hadir majlis iftar KESUMA

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan sumbangan HRD Corp oleh Abu Huraira Abu Yazid kepada wakil masjid sempena ‘Majlis Iftar KESUMA Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis 2024’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Iftar Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Malaysia Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis 2024’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan sumbangan HRD Corp oleh Abu Huraira Abu Yazid kepada wakil masjid sempena ‘Majlis Iftar KESUMA Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis 2024’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Wira Shahul Dawood dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bertujuan untuk untuk menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HRD Corp Cares berupa bakul makanan dan juga bantuan wang tunai kepada lima masjid terpilih di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyampai sumbangan dari HRD Corp berupa bakul makanan kepada 5 asnaf yang terpilih dan 5 masjid terpilih yang menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000.

Masjid yang terpilih adalah Masjid Jamek Kampung Binjai, Utan Aji; Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis; Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan; Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra, Batu 5; dan Masjid Al-Ridzuan, Kampung Behor Masjid.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan wakil dari lima masjid yang menerima sumbangan HRD Corp sempena Majlis Iftar KESUMA Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis 2024’ di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Raja Muda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih.

Majlis berbuka itu turut diserikan lagi dengan perkongsian tazkirah daripada Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid indah ‘berkubah ala di Rusia’ tersebut. – SM

BACA Raja Muda, Raja Puan Muda hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged Ke-30

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button