AgamaNasionalNegeriPendidikan

Peruntukan RM3.4 juta Sekolah Agama Petang Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada para asnaf sempena Baginda merasmikan Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

MAJLIS Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM3,474,92
bagi pelaksanaan Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) untuk tahun 2024 ini.

Simbolik penyerahan daripada MAIPs kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berangkat merasmikan Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang asnaf yang menerima bantuan MAIPs sempena Baginda merasmikan Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPs, Muhammad Haafizuddin Abirerah menerima sumbangan itu daripada Raja Muda.

Dalam kenyataan MAIPs, sempena program tersebut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa sumbangan berkenaan adalah merupakan komitmen MAIPs dalam memperkasa pengajaran pendidikan Islam di peringkat asas dalam usaha memberikan kefahaman agama Islam yang komprehensif di kalangan kanak-kanak di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Baginda merasmikan Bazaar Raya Karnival Kangar Jaya Jualan Ihsan Rahmah Madani di Dataran Lapang Kangar Jaya, Kangar.

Di majlis sama juga diadakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 asnaf terpilih yang disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs. – SM

BACA Kurikulum pengajian sekolah agama perlu selari Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button