AgamaNegeriRencah Hidup

Masjid Babul Ibadah, Chemumar anjur program khas solidariti bersama Palestin

KARIAH Masjid Babul Ibadah Chemumar sekalipun hanya mewakili sebuah perkampungan kecil di Simpang Empat, Arau Perlis tetapi tetap berjiwa besar untuk bersolidariti bersama dengan Palestin.

Atas sebab itu Jawatankuasa Kariah Masjid Babul Ibadah Chemumar ini telah menganjurkan Program Khas Solidariti Chemumar Bersama Palestin malam tadi.

Pameran berkaitan Palestin juga diadakan sempena Program Khas Solidariti Chemumar Bersama Palestin di Masjid Babul Ibadah Chemumar, Simpang Empat, Arau, Perlis malam tadi.

Pengerusinya, Ustaz Muhammad Faidhi Azis berkata, program ini bertujuan untuk menyuntik kesedaran tinggi akan kepekaan anak kariah terhadap isu Pelastin.

Katanya, juga dilancarkan kutipan dana untuk Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ustaz Muhammad Faidhi yang melancarkan program ini juga turut menjadi penyumbang pertama bagi tabung ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid, Ishak Ismail, Bendahari Abdul Rahman Matkhir dan Penolong Setiausaha Kalsom Taib.

Sebelum itu, majlis diserikan dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Palestin Berdarah Lagi’ oleh Faisha Sumayyah Muhammad Faidhi, murid Tahun Satu, Sekolah Rendah Islam 1, Abi Tok Hashim.

Selain itu juga diadakan pengisian ilmu kuliah Maghrib khas yang disampaikan oleh Ustaz Kapten (B) Asri Khalid.

Adik Faisha Sumayyah mendeklamasi sajak bertajuk ‘Palestin Berdarah Lagi’ pada Program Khas Solidariti Chemumar Bersama Palestin di Masjid Babul Ibadah Chemumar, Simpang Empat, Arau, Perlis malam tadi.

Kutipan dana khas yang telah dilancarkan itu telah berjaya mengumpul sejumlah RM656.

Selain itu diadakan juga pameran berkaitan pergolakan yang berlaku di Palestin sekarang. – SM

BACA Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan negara-negara Islam berhubung konflik Palestin-Israel

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button