NasionalNegeri

Covid-19 Sabah: Kes meningkat, bekalan makanan masih cukup

PENDUDUK Sabah diberi jaminan bahawa bekalan makanan di negeri itu mencukupi sementara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di sana.

Justeru, warga Sabah tidak perlu panik dan membuat pembelian barangan secara panik untuk membuat simpanan sehingga menimbulkan kesesakan.

Malah, bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan akibat terjejas dengan penularan gelombang ketiga wabak Koronavirus (Covid-19) juga masih mencukupi.

Kerajaan negeri juga dikatakan sentiasa bersedia untk mengagihkan bantuan makanan kepada mereka.

“Kita ada bekalan makanan yang cukup di Sabah, oleh itu tiada keperluan untuk rakyat berebut-rebut membeli belah pada ketika ini

“Pengagihan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 57,329 bakul makanan telah diagihkan di seluruh Sabah.”

Demikian penjelasan diberikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam sidang akhbar di Wisma Innoprise malam tadi.

Beliau menambah, kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan lagi bantuan agihan bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh negeri.

Bantuan tersebut akan diteruskan susulan peningkatan kes baharu wabak Covid-19 di Sabah terus mencatatkan jangkitan tertinggi berbanding negeri lain di negara ini.

Malah, semalam kes positif baharu wabak pandemik itu meningkat kepada 643 orang menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,082.

Kes positif dengan kebarangkalian menyebabkan jangkitan juga meningkat kepada 5,048 dan jumlah kematian turut menunjukkan peningkatan iaitu tiga orang dilaporkan meninggal dunia semalam. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button