Nasional

Lima penyamun maut berbalas tembakan dengan polis

Polis menembak mati lima penjenayah disyaki aktif kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi.

Memetik BERNAMA, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan ketika dihubungi agensi berita nasional itu mengesahkan kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

“Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas.

Difahamkan, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan, sebelum mengarahkan ia berhenti untuk pemeriksaan.

Namun, semua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button