Nasional

Pelukis karekter Abe, Blues Untuk Aku meninggal dunia

Pelukis kerekter Abe dan komik Blues Untuk Aku, Aie dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Menurut kartunis popular Ujang, Abe atau nama sebenarnya Shaari Sulong meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi akibat komplikasi buah pinggang.

“Innalillahiwainnailaihirrojiun mendapat perkhabaran duka pelukis kerekter Abe meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Sg. Manggis, Banting, Selangor kerana komplikasi buah pinggang.

“Semoga rohnya di di cucuri rahmat dan di terima dalam golongan orang-orang yang di redai Allah,” kata Ujang.

Ujang (kiri) bersama Allahyarham Aie

Aie, 48, lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur tetapi membesar di Segamat, Kluang dan Kuantan kerana mengikut ayahnya yang bertugas sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia.

Beliau mula berjinak dengan bidang lukisan sejak di bangku sekolah dan menjadi serius bila dilantik sebagai editor majalah sekolah ketika di Tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 1993, Aie ditawarkan menjadi animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture. Dalam masa yang sama, beliau turut dipelawa kartunis Ujang menghasilkan majalah.

Akhirnya pada Oktober 1993, lahirlah majalah Ujang dengan Aie, Ujang termasuk Gayour menjadi pelopor utamanya. Bersama dengan Ujang, Aie menghasilkan cerita Abe yang menarik perhatian pembaca.

Karya beliau, Blues Untuk Aku yang disiarkan secara bersiri mendapat sambutan paling hangat daripada pembaca.

Abe yang mula disiarkan dalam majalah Ujang keluaran pertama (1 Januari 1994) merupakan cerita hasil karya kartunis Ujang dengan lukisannya oleh Aie. Karya berbentuk drama komedi ini disiarkan sebanyak 33 siri dan berakhir keluaran ke-37 (15 Ogos 1995) majalah Ujang.

Cerita Abe mengenai seorang kanak-kanak terencat akal, atau lebih disebut sebagai insan istimewa, bergelar Abe, yang mengalami liku-liku hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung.

Siri pertama Abe dimulakan dengan sebaris tulisan: Berdasarkan daripada kisah benar yang telah ditokok-tambah dan diolah sehingga menjadi karut. Sebuah cerita yang pasti akan mengganggu jiwa anda, yang pasti menyentuh naluri kemanusiaan anda.

Aku Hidup Dalam Blues merupakan hasil kolaborasi Aie dengan penulis Toyon.

Selain itu beliau turut menerbitkan novel grafik Aku Dan Sesuatu tentang adik-beradik bernama Hasan dan Husain, pemuda dari desa yang berhijrah ke kota, menjalani kehidupan sebagai pekerja seni di sebuah perusahaan pengiklanan. -SM

 

(Visited 1,557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button