Mahkamah

Lepas tuduhan halang Jawi: Siti Kasim bersyukur kepada Allah

PEGUAM Siti Kasim bersyukur kepada Allah apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majsitret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menghalang tugas pegawai agama daripada menjalankan serbuan ke atas pertandingan ratu cantik transgender 4 tahun lepas.

Majistret Tawfiq Affandy Chin membuat keputusan bahawa pendakwa gagal membuktikan elemen pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Pertama saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah Subhana Wa Taala kerana mengizinkan kemenangan ini. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Majistet yang telah memberi keputusan yang tepat.

“Kedua Allah telah mengizinkan kemenangan ini oleh kerana usaha dan pengorbanan peguam utama dan juga salah seorang rakan karib saya, Puan Suzana Norlihan yang telah bertungkus lumus memberi masa belliau untuk membela saya. Tidak lupa juga kepada peguan Raj yang telah membantu peguam Suzana,” kata Siti Kasim.

Siti dituduh menghalang pegawai Jawi Nor Jihan Saleh daripada menjalankan tugasnya semasa membuat serbuan ke atas acara pertunjukan fesyen transgender pada 3 April 2016.


Klip video menunjukkan Siti menjerit ke arah pegawai Jawi bertanyakan sama ada mereka mempunyai waran untuk menyerbu acara tertutup itu tular di media sosial.

“Jawi patut menjalankan tugasnya dengan lebih hemah dan matang,” kata Hakim Tawfiq. Dia juga berkata, pertuduhan terhadap Siti Kasim cacat kerana tidak menyebut cara bagaimana halangan itu berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas penghakiman dibuat, Siti Kasim berkata, keputusan itu menunjukkan beliau sepatutnya tidak didakwa sama sekali.

Katanya, beliau hanya bertindak sebagai peguam komuniti transgender pada acara itu.

“Oleh kerana penuduhan yang tidak berasas ini saya terpaksa menjalani tekanan yang hebat dari segi mental, masa, kewangan dan persepsi dari orang ramai,” kata Siti Kasim.

Jelas Siti Kasim, individu transgender adalam manusia seperti warganegara lain dan berhak mendapat hak asasi manusia untuk hidup dalam masyarakat.

Menurunya, Islam tidak bercanggah dengan hak asasi manusia kerana Islam sendiri mengundang hak asasi universal untuk manusia di bawah semua keadaan

“Quran sangat jelas di dalam hal ini. Surah Maidah Ayat (5:8) ‘Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kami sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, Lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keeadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendapam akan apa yang kamu lakukan,” kata Siti Kasim.-SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button