NasionalNegeri

Raja Muda Perlis perkenan kunjung Malaysia Design Development Centre

MALAYSIA  Design Development Centre (DDEC) yang beroperasi di Jalan Kia Peng Kuala Lumpur menerima kunjungan diraja, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda ke pusat sehenti reka bentuk pilihan usahawan Malaysia di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ditubuhkan pada tahun 2007 itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Aizuddin Mohd.

Baginda singgah di DDEC sempena program Kayuhan DiRaja anjuran MARA yang diiringi Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan), Datuk Zulfikri Osman.

Program yang melibatkan 50 peserta ini membuat kayuhan lebih kurang 15 kilometer di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan singgah di beberapa lokasi lain termasuk di Pintasan Saloma semasa kayuhan bermula di pekarangan Ibu Pejabat Bangunan MARA dan berakhir di Hotel Primiera, Jalan Raja Laut.

Untuk rekod, sehingga kini DDEC telah membantu 36,000 usahawan Malaysia memperkukuhkan imej syarikat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, melalui pelbagai solusi kreatif.

Bagi menyahut keperluan usahawan Malaysia, DDEC menawarkan perkhidmatan pembangunan usahawan dari aspek latihan dan asas penjenamaan, program kolaborasi serta manfaat reka bentuk melalui dana usahawan.

Dengan 14 tahun pengalaman dalam industri dan barisan pereka berpengalaman dari pelbagai bidang, DDEC menawarkan pengalaman reka bentuk yang dinamik, inovatif dan lestari untuk pelanggannya dari pelbagai sektor, melalui solusi kreatif yang lengkap.

Malah, DDEC adalah pusat sehenti reka bentuk terpilih dalam kalangan usahawan Malaysia untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Raja Muda berharap lebih banyak usahawan dari negeri Perlis yang layak akan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan oleh DDEC ini untuk membantu memajukan lagi perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi dan menguntungkan. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button