Nasional

Lelaki warga asing ganggu suri rumah, pukul lelaki ditahan

SEORANG lelaki warga asing berusia 36 tahun ditahan kerana menganggu seorang suri rumah dan memukul seorang lelaki di hadapan sebuah rumah kedai di Jalan Cahaya 14, Ampang kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita tersebut berusia 24 tahun sebelum itu telah menghubung adik iparnya, lelaki berusia 22 tahun berkenaan gangguan warga asing itu.

“Lelaki itu telah turun dari atas tingkat rumah dan menegur suspek secara baik. Namun, suspek telah menggigit jari tangan lelaki dan dan memukulnya dengan kunci motosikal di bahagian lengan.

“Akibat perbuatan suspek, lelaki itu telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan luka kecil di bahagian jari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, kejadian berlaku kerana suspek telah menganggu wanita itu dengan bertanyakan alamat dan butiran dirinya.

Jelasnya, suspek kemudian telah ditahan dan turut dirampas ialah sebatang alat pengunci motosikal yang digunakannya untuk memukul mangsa.

“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek juga mendapati dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 23 Julai depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya. -SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button