Nasional

Netizen bersyukur akhirnya sifar jangkitan tempatan Covid-19

Gambar sebiji telur telah dimuat naik Kementerian Kesihatan di Facebook dan Twitter mereka bagi menyatakan jangkitan tempatan sifar Covid-19 dicatatkan di Malaysia semalam, telah mencetuskan satu ‘tarikan’ dalam media sosial.

Ramai yang menyatakan rasa syukur mereka dengan berita tersebut, disamping memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas usaha berterusan mereka tanpa mengenal penat lelah, dalam memerangani pandemik Covid-19.

Pengguna Twitter @bblogasm memberikan komen “I just know yall (you all) had this in the drafts”, manakala @hadi_nor menyatakan “Eggcelent!”.

Semalam Malaysia sekali lagi mencatatkan jangkitan tempatan sifar Covid-19 dengan hanya tiga kes baru dilaporkan, kesemuanya kes import melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara.

Pada 1 Julai lepas, Malaysia mencatatkan rekod dengan satu kes baru dan jangkitan tempatan sifar, yang merupakan jumlah kes jangkitan baru terendah sejak 18 Mac.

Bagaimanapun, sehingga vaksin untuk virus tersebut ditemui, adalah penting bagi rakyat Malaysia terus berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan dalam membebaskan negara daripada penyakit merbahaya ini.

Seperti yang pernah dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia memerlukan 28 hari jangkitan sifar, sebelum boleh diistiharkan bebas daripada pandemik tersebut.

Sementara itu, dengan situasi semasa Covid-19, kerajaan telah membenarkan empat lagi katogeri pelajar pusat pengajian tinggi untuk pulang ke kampus secara berperingkat bermula bulan ini dan pengambilan penuh pelajar pada Oktober.

Bagaimanapun, pelajar diminta untuk terus mengamalkan jarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di kampus.

TIADA KES JANGKITAN TEMPATAN.

3 kes baharu hari ini hanya melibatkan kes import dan kesemuanya melibatkan warganegara.

PERINCIAN KES BAHARU HARI INI (3 KES)

WP KUALA LUMPUR – 1 KES:
1 kes warganegara pulang dari Mexico dan kes tidak bergejala. Pesakit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

SELANGOR – 1 KES
1 Kes warganegara pulang dari Sudan dan kes tidak bergejala. Pesakit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

SARAWAK – 1 KES
1 kes warganegara balik dari Arab Saudi dan tidak bergejala. Pesakit kini dirawat di Hospital Sibu, Sarawak. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button