Nasional

Perdana Menteri kongsi gambar ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi dua keping gambar ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.
“Pagi tadi saya diterima menghadap oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara.
“Mesyuarat pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan saya bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan KDYMM Tuanku berhubung urusan serta isu-isu berkaitan Kerajaan.
“Usai sesi menghadap, saya kemudiannya mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” kata Perdana Menteri dalam Facebook peribadinya.
(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button