Nasional

Suami isteri disyaki dera pelajar tahfiz ditahan

POLIS menahan pasangan suami isteri kerana disyaki terlibat mendera kanak-kanak di sebuah pusat tahfiz di Taman TAR, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada wanita berusa 35 tahu yang menghantar anaknya ke pusat tahfiz berkenaan.

“Wanita itu telah ke pusat tahfiz berkenaan pada 23 April lalu kira-kira pukul 6.30 petang untuk membayar yuran pusat tahfiz dan bertemu dengan anaknya.

“Namun, wanita itu terkejut kerana mendapati anaknya berada dalam keadaan ketakutan dan mengangis serta memberitahu tidak mahu bersekolah di situ lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, ketika berada di rumah, anak wanita itu memberitahu yang dia telah ditumbuk di bahagian belakang tengkuk dan dipukul dengan rotan di kaki serta tangan.

Jelasnya, isteri suspek juga telah menampar pipi kanak-kanak itu sebanyak empat kali. Wanita itu kemudian telah membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat, kita telah menahan dua suspek yang juga pasangan suami isteri di pusat tahfiz berkenaan pada pukul 3.45 petang semalam.

“Semasa serbuan kita turut menyelamatkan lapan orang pelajar lelaki yang berusia 7 hingga 15 tahun. Kesemua pelajar itu mendakwa merka didera oleh kedua-dua suspek yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata hasil siasatan mendapati anak lelaki pengadu (mangsa) berumur 7 tahun 6 bulan mengalami kesan kecederaan baru dan lama pada keseluruhan badannya.

Tambahnya, semakan awal juga dapat pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai sebarang lesen dari kerajaan tempatan dan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -SM

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button