Nasional

Lelaki Perancis pakai ‘gelang pink’ sah bebas Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengesahkan warga Perancis yang ditahan kerana didapati memakai gelang merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) bebas daripada Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri DR. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.25 pagi semalam.

“Dia termasuk dalam My Secod Home Program (MM2H) dan pada awalnya diberi kelonggaran untuk menjalani kuarantin di kediamannya di Langkawi.

“Dia tidak bergejala dan ujian saringan Covid-19 di KLIA juga mengesahkan dia negatif penyakit tersebut sebelum dibenarkan meneruskan penerbangan ke Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pada 24 Julai kerajaan telah mewajibkan semua yang masuk ke dalam negara untuk menjalani kuarantin 14 hari di lokasi khusus yang disediakan.

BACA> Kluster baharu Covid-19 dikesan di Kuala Lumpur

Jelasnya, lelaki itu yang telah ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana memakai gelang merah jambu telah dimasukkan ke stesen kuarantin di Langkai pada pukul 7.30 petang semalam.

Semalam, lelaki itu ditahan oleh anggota PGA kerana didapati memakai gelang merah jambu setibanya di kawasan lapangan terbang.

Pihak PGA kemudian telah melakukan tindakan segera dengan melaporkan penahanan tersebut kepada Unit Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (UKTAL) untuk tindakan lanjut.

BACA> Artikel tulisan Cina dakwa Asri Janggut, Isma, PPIM ada ‘agenda tersembunyi’?

Kejadian tersebut tular di laman sosial dengan netizen mempertikaikan bagaimana pelancong asing yang memakai gelang merah jambu itu boleh bebas bergerak hingga ke Langkawi. -SM

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button