fbpx
Nasional

Artikel tulisan Cina dakwa Asri Janggut, Isma, PPIM ada ‘agenda tersembunyi’?

SEBUAH artikel diterbitkan portal berbahasa Cina dipercayai mendakwa Asri Janggut dan beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) mempunyai agenda tersembunyi.

NGO yang dinyatakan dalam artikel tersebut termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tuduhan mempunyai agenda tersembunyi susulan aduan pengasas Hot Burger Malaysia Asri Janggut atau nama sebenarnya Mohd. Asri Hamid tular.

Tindakan tersebut didakwa menjejaskan peniaga lain dan memberi tuduhan buruk kepada masyarakat Cina yang dikatakan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Bagaimanapun, dakwaan sedemikian dinafikan Isma yang menyifatkan ia sebagai berniat buruk dan bersifat menghasut.


BACA > Pergilah pasar malam, bantu peniaga – Najib – Suara Merdeka

“Penulis tersebut mendakwa kami selalu melancarkan serangan melalui kerja-kerja ‘menolong golongan lemah’.

“Baik secara langsung atau tidak langsung menuding jari pada orang Cina bukan Islam membuli atau menindas pengguna dan peniaga Muslim.

“Ini adalah satu tuduhan yang liar dan berbaur hasutan.

“Lebih mengagumkan, ada pula ‘satu teori’ mengapa pendedahan Asri tular dengan cepat di Malaysia, kononnya PPIM, ISMA dan parti-parti politik Melayu memanipulasikan isu ini untuk manfaat politik.

“Apakah beliau lupa isu ini cepat tular kerana sentimen benci masyarakat terhadap sindiket perjudian berleluasa yang merosakkan masyarakat?

“Malah, masyarakat Cina pun ramai yang memuji pendedahan ini.”

BACA > Satu kemenangan – Shafie – Suara Merdeka

Begitu penafian yang dinyatakan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya, dalam Facebooknya hari ini menafikan dakwaan sedemikian.

Dakwaan sedemikian muncul susulan penularan video yang dirakam oleh Asri Janggut tular dalam media sosial selepas aduan dibuat kepada pihak polis.

Video tersebut merakamkan kegiatan pusat perjudian dan penjualan rokok haram yang berleluasa di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan itu, pihak polis Sungai Buloh dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan serbuan termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga gerai-gerai tidak berlesen di sana.

Dalam pada itu, Aminuddin mendakwa artikel terbabit turut cuba mengaitkan aduan Asri Janggut dengan isu ICERD dan Kempen Beli Produk Muslim.

Justeru, beliau juga bertanggapan tindakan pembanterasan yang membasmi kegiatan tidak bermoral sedemikian dibantah oleh penulis artikel tersebut.

BACA > DAP tidak peka sentimen masyarakat majmuk – Menteri Muda Sarawak – Suara Merdeka

“Apa yang lebih lucu juga, tiba-tiba pula penulis menyebut mengenai isu ICERD dan Kempen Beli Produk Muslim yang dipelopori oleh dua NGO ini. Apakah motif beliau?

“Memang menimbulkan persoalan, apakah ini cubaan menghasut masyarakat Cina yang menyokong pembanterasan kegiatan judi di Sungai Buloh baru-baru ini untuk tidak menyokong usaha ini?

“Lebih-lebih lagi artikel ini hanya ditulis dalam Bahasa Mandarin, dan diterbitkan di portal media Cina,” soalnya.

Oleh demikian, beliau juga mempertikaikan artikel tersebut ditulis dalam bahasa yang tidak dapat difahami oleh semua rakyat Malaysia.

Justeru, Aminuddin menggesa kerajaan membuat sesuatu bagi mengelakkan penulisan sedemikian bersembunyi di sebalik tulisan yang difahamai kaum tertentu.

“Saya tidak mahu mengulas semua, satu per satu isi dan hujah artikel tersebut.

BACA > Lepas tuduhan halang Jawi: Siti Kasim bersyukur kepada Allah – Suara Merdeka

“Tetapi saya ingin menyeru agar kita semua terutamanya pihak kerajaan memantau portal-portal berita bahasa Cina sebegini.

“Kerana kita tahu hanya masyarakat Cina sahaja yang membaca serta memahaminya dan akhirnya membentuk pemikiran masyarakat tersebut.

“Sudahlah sekolah pun diasingkan dengan naratif silibus yang berbeza dan subversif, takkan media mahu begitu juga?” tegasnya.

Katanya lagi, sekiranya ada ketegasan daripada pihak kerajaan, maka portal bahasa bukan Melayu itu dikatakan akan lebih berhati-hati.

“Dengan itu juga, media-media Cina akan lebih berhati-hati jika mahu menerbitkan artikel-artikel berbaur hasutan sebegini.

BACA > Bahasa Cina: Kemudahan pelancong, alasan remeh – Pemuda Amanah – Suara Merdeka

“Atau ‘mesej-mesej’ tertentu daripada politikus-politikus Cina kepada masyarakat Cina yang tidak dilapor di media-media bahasa Melayu atau Inggeris,” ujarnya. – SM

 

 

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button