Nasional

Palestin di Israel hadapi penangkapan besar-besaran

WARGA Palestin yang berada dalam kawasan yang dijajah Israel berhadapan dengan penangkapan besar-besar daripada polis regim zionis tersebut.

Polis Israel telah mengumumkan bahawa mereka akan menangkap berratus warga Palestin yang tinggal dalam kawasan yang dijajah Israel dalam beberapa hari akan datang kerana menyertai demonstrasi baru-baru ini untuk menyokong rakyat Palestin di Jerusalem Timur yang dijajah dan wilayah Gaza yang dikepung.

Gelombang penangkapan besar-besaran akan berlaku sebagai sebahagian daripada apa yang disebut polis sebagai “operasi undang-undang dan ketenteraman”.

Operasi itu bertujuan untuk menghukum mereka yang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi menentang keganasan peneroka haram Yahudi, tindakan keras pasukan Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, dan pengeboman 11 hari tentera regim Yahudi itu di Gaza, yang menyebabkan 248 orang syahid.

Sehingga lewat Ahad lalu, sejumlah 1.550 orang Palestin telah ditangkap sejak 9 Mei.


Ribuan pasukan keselamatan Israel dari semua unit telah dikerahkan untuk melakukan serbuan dan penangkapan di kawasan yang dijajah Israel dan yang hanya didiami 20 peratus daripada warga Israel.

Polis – termasuk pengawal sempadan dan pasukan simpanan – akan menggeledah rumah dan melakukan “siasatan” sehingga tuduhan dikemukakan dan hukuman penjara dijatuhkan terhadap warga Palestin terbabit.

Pengarah Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel, Hassan Jabareen, berkata penangkapan itu merupakan “perang” terhadap aktivis politik dan belia di bawah umur Palestin.

Operasi penangkapan besar-besaran adalah “perang ketenteraan terhadap warga Palestin Israel,” kata Jabareen dalam satu kenyataan.

Beliau mendesak “tindak balas cepat” dari semua gerakan politik, parti dan dari Jawatankuasa Susulan Tinggi untuk Warganegara Arab Israel.

Katanya, tujuan penangkapan itu adalah untuk membalas dendam kepada warga Palestin.

Perhimpunan di bandar-bandar Palestin yang dijajah termasuk Haifa, Yafa, Lydd dan Nazareth bermula awal bulan ini sebagai solidariti terhadap keluarga Palestin yang menghadapi pengusiran secara paksa dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah.

Beberapa orang Palestin diserang oleh peneroka Yahudi yang kadang-kadang disokong oleh polis Israel, berbaris di jalan-jalan dengan melaungkan slogan anti-Palestin, termasuk “kematian kepada orang Arab”.-SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button