Nasionalpilihan

Lelaki ditahan kerana intai, rakam lelaki lain dalam tandas awam

SEORANG lelaki ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai dan merakam di dalam tandas lelaki di stesen minyak Shell Batu 3, Shah Alam, Selangor pada 3 Oktober lalu.

Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.25 petang oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek sebelum ditahan sedang merakam pengguna di tandas bersebelahan dengan menggunakan telefon bimbitnya.

“Hasil pemeriksaan pada telefon suspek mendapati banyak rakaman video orang awam yang sedang membuang air kecil.

“Suspek kemudian telah dibawa ke Balai Polis Subang Jaya dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Khalid turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa dalam negara serta tidak berkelakuan yang melampaui batas. -SM

(Visited 514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button