fbpx
Jenayah

Lelaki acu tukul pada anak ditahan polis

POLIS menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dirakam kamera mengacukan tukul pada anaknya yang berusia 8 tahun di dalam lif sebuah rumah pangsa di George Town, Pulau Pinang, selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis.

Dalam video tersebut, lelaki itu yang tidak memakai baju, dirakam mengetuk butang lif dengan tukul dan kemudian mengancam kanak-kanak berkenaan.

Melalui rakaman video, mangsa dilihat ketakutan sambil cuba mempertahankan dirinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata, lelaki itu yang memiliki lima rekod jenayah dengan dua daripadanya berkaitan dadah, telah berpisah dengan ibu mangsa selama empat tahun berpisah.

Difahamkan lelaki berkenaan yang ditahan polis semalam, mendapat hak menjaga anak tunggal mereka.


Soffian menambah, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.

“Dan polis akan memohon perintah reman terhadap lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak kerana penderaan,” katanya.

Jika sabit kesalahan pelaku boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda RM10,000. – FMTSM

Show More

Related Articles

Back to top button