Jenayah

3 rentung, 9 cedera kemalangan di Segamat

TIGA rentung manakala 9 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat di Segamat malam tadi.

BERNAMA melaporkan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Fuad Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.47 malam.

Kira-kira 15 anggota bersama tiga jentera daripada BBP Segamat serta Labis bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, didapati dua kereta jenis Honda Accord dan Proton Saga terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selepas kebakaran dipadamkan, pihaknya menemui tiga mangsa renting iaitu seorang di tempat duduk pemandu Honda Accord dan dua lagi dalam kereta Proton Saga.

Nahas itu turut menyaksikan sembilan lagi mangsa yang menaiki tiga kenderaan lain, iaitu tujuh yang menaiki Proton Saga berlainan dan masing-masing seorang lelaki yang memandu Perodua Alza serta Proton Wira, cedera.

Setakat ini, katanya, maklumat mengenai identiti mangsa belum diperolehi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Raub Selamat ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca nahas. – SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button