JenayahNasionalNegeri

Bapa tiri ditahan polis dera budak perempuan enam tahun

SEORANG bapa tiri berusia 34 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Kampung Alor Lanchang, Jejawi, Arau, Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya telah mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Kangar selama empat hari mulai hari ini sehingga 30 Mac bagi menahan suspek.

KESAN dera di tangan mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun jelas kelihatan.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing ke atas suspek juga dapati positif methaphathamine.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan oleh guru tadika Kemas yang mengajar kanak-kanak terbabit pada pukul 10.30 pagi, 22 Mac lalu.

“Guru itu telah melakukan pemeriksaan terhadap badan kanak-kanak berkenaan di Tabika Kemas Jejawi dan mendapati terdapat beberapa kesan lebam lama dan baru,” katanya.

Mohsein berkata, mangsa mendedahkan telah dipukul oleh bapa tirinya kerana tidak menuruti kata-kata.

“Guru berkenaan juga telah menghubungi ibu mangsa dan dimaklumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa pukul suspek,” katanya.

Ahmad Mohsin Md Rodi

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung dari tiga adik beradik.

Bagaimanapun katanya, mangsa dan anak kedua adalah anak tiri kepada suspek.

“Hasil permeriksaan oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, tangan kanan dan tangan kiri, peha kanan dan pipi kanan pada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, doktor juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan atau parut pada bahagian badan ibu mangsa dan dua adik mangsa yang lain. – SM

BACA Talian Kasih 15999 untuk mangsa penderaan Wanita dan Kanak-Kanak

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button