Nasional

Lebih 30,000 kematian akibat Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,808 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 40,619 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 33,585 individu atau 82.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,762 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,088 kes dirawat di hospital dan 184 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 87 lagi memerlukan mesin ventilator.
(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button