Sukan

Latif perlu jalani pemulihan sebelum boleh balik kampung

PEMENANG pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Abdul Latif Romly terpaksa menangguh hasrat untuk bertemu ibu bapa di Perlis.

Ini kerana dia yang berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi di Rio 2016 pada temasya kali ini di Tokyo dalam acara lompat jauh lelaki T20 berkata, ini bagi membolehkannya menjalani sesi pemulihan dari kecederaan.

Oleh itu katanya, dia tidak bercadang untuk terus pulang ke kampungnya sebaik saja tamat kuarantin.

Atlet berusia 24 tahun itu menjangkakan hanya dapat pulang ke kampung bulan depan.

“Tengok dulu, saya akan menjalani kuarantin dahulu. Kemudian saya akan ikut sesi pemulihan.


“Mungkin saya akan mengambil masa seminggu dua begitu. Mungkin Oktober, baru saya akan balik,” katanya sejurus tiba dari Tokyo di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Latif adalah atlet para kebangsaan pertama berjaya mempertahankan pingat emas dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Paralimpik.

Bagaimanapun kata Latif,kecederaan dialaminya tidak begitu serius.

“Sekarang keadaan saya sudah okey. Cuma ada koyak sedikit dalam 2.5 sentimeter. Koyakannya macam ‘peringkat 2’ saja, tidak serius sangat,” katanya.

Latif mencatat 7.45 meter pada lompatan kedua untuk muncul pemenang pingat emas di Stadium Olimpik Tokyo.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button