NegeriSukan

SUKANUN: 5,801 atlet seluruh negara beraksi di Perlis

SERAMAI 5,801 atlet daripada 59 buah kontinjen dari seluruh negara beraksi di Perlis dalam Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) Malaysia 2023 Edisi ke-12 dari 4 hingga 9 September ini.

Kemuncak karnival yang mempertandingkan sebanyak 19 jenis sukan tersebut ialah majlis perasmian penuh gilang gemilang yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Arau malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika merasmikan SUKANUN Edisi Ke-12 di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Cawangan Perlis, Arau malam tadi.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Yang Di-Pertua Persatuan Badan Berkanun Malaysia, Prof. Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor merangkap Naib Canselor UiTM dan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berterima kasih kerana kepimpinan SUKANUN 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dengan kerjasama UiTM dan Institut Sukan Negara (ISN) memilih Perlis sebagai tuan rumah pada kali ini.

Menurut Baginda, pemilihan Perlis yang ‘Damai Dan Menawan’ amat sesuai sekali kerana tahun hadapan merupakan ‘Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Raja Muda berharap agar setiap agensi yang mengambil bahagian apabila pulang nanti akan memilih Perlis untuk tempoh dua tahun yang akan datang sebagai tuan rumah karnival sukan, mesyuarat, bengkel atau kem motivasi dalaman organisasi masing-masing bagi sama-sama membantu menjayakan kempen pelancongan negeri Perlis tersebut.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan hadir mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra yang menyempurnakan SUKANUN Edisi Ke-22 di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Cawangan Perlis, Arau malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra memaklumkan bagi menganjurkan karnival sukan di Perlis, selain UiTM Perlis, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang baik di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Perlis dan lain-lain lagi.

Raja Muda dan Raja Puan Muda juga berkenan menyempurnakan pemasangan obor sebagai simbolik majlis Perasmian SUKANUN 2023 itu dan seterusnya berfoto kenangan bersama setiap di antara 59 kontinjen yang mengambil bahagian serta urusetia dan juga para sukarelawan. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis berkenan saksi Temasya Sukan Asia Tenggara

BACA Pasukan Perlis ungguli Kejohanan Woodball Terbuka Pulau Pinang 2023

(Visited 574 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button