Politik

Asyraf Wajdi beri amaran PPBM henti curi, beli ahli UMNO

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi amaran kepada Parti Pribumu Bersatu Malaysia (PPBM) untuk segera menghentikan cubaan untuk mencuri ahli UMNO.

Asyraf Wajdi berkata, PPBM juga perlu menghentikan cubaan untuk memberi ahli UMNO jika parti itu benar-benar mahu selamatkan kerjasama antara UMNO dan PPBM.

Menurut Asyraf Wajdi pihaknya menerima laporan bahawa ahli UMNO ditawarkan RM100 untuk menjadi ahli PPBM. Mereka juga akan dibayar RM3,000 hingga RM5,000 jika berjaya membuka cawangan PPBM.

“Sejak beberapa bulan ini, banyak sekali aduan dan keresahan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO akar umbi seluruh negara yang mendakwa PPBM galak mencuri dan membeli ahli UMNO.

“Ada yang mengaku bahawa setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 sehingga RM5,000.


“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini berpendirian dan mendesak dihentikan segera sebarang usaha untuk bersaing mencuri dan membeli ahli antara satu sama lain jika masih ingin melihat kerjasama UMNO dan PPBM dalam Kerajaan Perikatan Nasional diselamatkan,” katanya.

Asyraf Wajdi menegaskan, jika aktiviti mencuri dan membeli ahli UMNO diteruskan ia hanya akan mengesahkan persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat PPBM ditubuhkan dan gabungan besar Perikatan Nasional diwujudkan hanya untuk melemahkan dan menggantikan UMNO.

PPBM seharusnya mengambil pengajaran terhadap runtuhnya kerjasama UMNO-Pas dalam Barisan Nasional akibat persaingan berebut ahli yang parah sepanjang kerajasama kedua-dua pada 1974 hingga 1977.

Persaingan tersebut mengakibatkan terpisahnya dua parti terbesar orang Melayu sehingga melarat kepada persengketaan puluhan tahun.

“Daripada mengerahkan segala peruntukan dan sumber dana besar parti untuk menubuhkan cawangan adalah lebih baik memanfaatkannya dengan penggemblengan parti-parti rakan kongsi seperti UMNO dan Pas untuk aktiviti bantu rakyat di peringkat akar umbi secara bersama.

“Apatah lagi hampir semua ahli Parlimen PPBM ketika ini termasuk yang melompat daripada UMNO berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

“Seharusnya fokus untuk digemblengkan segala sumber untuk bantu rakyat yang sedang susah dan resah memikirkan kelangsungan hidup dalam suasana pandemik ketika ini,” tegas Asyraf Wajdi.

Beliau berkata, sepatutnya PPBM mengambil manfaat sepenuhnya permuafakatan kerajaan yang terbentuk untuk mencari titik-titik persefahaman dan merungkai segala bentuk perbezaan.

PPBM perlu menghentikan sebarang usaha melemahkan antara satu sama lain demi agenda penyatuan lebih besar.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

 

 

(Visited 165 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button