fbpx
Nasional

Laporan berat sebelah buat Imigresen – KPISM

Tindakan sebuah agensi berita luar negara yang mendakwa berlaku diskriminasi melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berat sebelah dan tidak tepat daripada segi fakta dan situasi.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Norhisham Murujan berkata, penahanan PATI dilakukan mengikut pematuhan operasi standard (SOP) yang ditetapkan secara profesional.

imigresen
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Norhisham Murujan

“PATI yang disahkan negatif dalam ujian tersebut akan dihantar pulang ke negara asal bagi memastikan penularan COVID-19 di dalam komuniti tempatan selepas tamat PKPD dapat ditangani sepenuhnya.

“Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi menaggung kos menjaga mereka yang ditahan termasuk penyediaan makanan, tempat tinggal dan rawatan kesihatan ketika dan sebelum pelaksanaan PKP,” katanya.

BACA> Lelaki terlibat pengedaran dadah ditahan

Menurut Norhisham, tindakan membanteras pendatang tanpa izin (PATI) iaitu golongan orang yang masuk atau berada di dalam sesebuah negara secara tidak sah atau lebih tepat secara haram dilakukan mengikut lunas undang-undang.


Jelasnya, pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan tugasan dan tanggungjawabnya dengan baik sekali terutama yang melibatkan risiko jangkitan terhadap COVID-19 ini.

“Selain mengawal selia 138 pintu masuk negara termasuk 79 pintu masuk antarabangsa, pegawai di JIM juga sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi terutama mengawal dan mengurus Depot Imigresen yang mempunyai jangkitan Covid-19 di kalangan tahanan.

BACA> Tiga beranak jadi dalang sindiket tuntutan palsu berjumlah RM1 juta

“Mereka juga terlibat dengan tugasan operasi membanteras PATI di beberapa kawasan PKPD hingga ada yang terpaksa diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari bagi memastikan risiko jangkitan dapat dikawal,” jelasnya.

Ujarnya lagi, KPISM menyokong usaha kerajaan membanteras PATI di negara ini diteruskan tanpa kompromi.

Tambahnya, pengorbanan dan usaha yang dilaksanakan oleh pegawai di JIM ini harus dihormati dan dihargai semua pihak. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button