Nasional

MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung BERNAS

PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) kembali di tapak MAEPS, Serdang, Selangor. Kali ini, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) meneruskan tradisi penyertaan mereka di MAHA 2022 dengan menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menjanjikan hadiah menarik kepada pengunjung.

BERNAS dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, pengunjung ke pameran yang bermula esok sehingga 14 Ogos ini berpeluang memenangi bekalan beras percuma selama swetahun iaitu hadiah utama yang menyertai pertandingan Teka Berat Beras yang dianjurkan di Dewan A, pusat pameran tersebut.

Menurut kenyataan yang sama, pemenang tempat kedua akan memenangi bekalan beras untuk enam bulan dan tempat ketiga, bakal memenangi bekalan beras selama tiga bulan.

Kata BERNAS, pengunjung hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan meneka berat satu replika beras yang terletak di ruang pameran itu untuk memenangi hadiah berkenaan.

Pada masa sama, syarikat itu turut menganjurkan pertandingan gambar kreatif bertemakan gambar beras atau padi melalui platform media sosial yang turut menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai sehingga RM1,000.


“Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang menguji kekuatan fizikal untuk mengangkat kampit beras dalam pertandingan Badang BERNAS yang akan diadakan pada pukul 2 petang, 13 Ogos,” katanya.

Sempena MAHA 2022 bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, BERNAS akan mempamerkan informasi menarik mengenai tanggungjawabnya melestarikan industri padi negara.

Orang ramai yang berkunjung ke tapak pameran BERNAS di Laman Padi juga boleh menikmati juadah bubur lambuk istimewa selain singgah di kilang Padi Mini BERNAS yang akan membuat demonstrasi pemprosesan padi. – SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button