Nasional

Tiga beranak jadi dalang sindiket tuntutan palsu berjumlah RM1 juta

BAPA, ibu dan seorang anak perempuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menjadi dalang sindiket tuntutan palsu berjumlah RM1 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut sumber, kesemua individu yang berusia 35 hingga 57 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.15 petang tadi di pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Kesemua suspek disyaki bertindak sebagai ejen sindiket pemalsuan laporan perubatan Orang Berinsuran (OB) dalam kalangan pencarum Perkeso yang membuat permohonan tuntutan Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal dan Pencen ILAT.

“Laporan perubatan yang dikemukakan oleh mana-mana pemohon tersebut dipercayai mempunyai maklumat palsu bagi membolehkan bayaran pampasan dibuat oleh Perkeso dan pemohon pula perlu membayar sejumlah wang kepada ejen terbabit selepas memperoleh pampasan,” katanya.

BACA> Isu calon PM: Anwar Ibrahim akan bincang dengan Shafie Apdal

Jelas sumber, kegiatan itu dipercayai dilakukan antara 2015 hingga 2018 dengan melibatkan nilai pampasan lebih RM1 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009)

BACA> Masih ramai guna kata kunci 123456

Tambahnya, kesemua mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan perintah permohonan reman. -SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button