Nasional

UPSI bantu selamat tiga keluarga mangsa banjir

Pasukan sukarelawan ResQ, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu tiga keluarga mangsa banjir di Kelantan sebagai tanda keperihatinan universiti berkenaan.

Pasukan ResQ UPSI menyampaikan bantuan di Pasir Mas , Kelantan.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pasukan ResQ seringkali digerakkan membantu mangs pada musim banjir melanda di seluruh negara.
Beliau berkata dengan kekuatan sukarelawan seramai 12 kakitangan yang diketuai Dr Omar Firdaus Mohd Said itu mereka bergerak ke Kampung Topeng dan Taman Sri Mas, Pasir Mas, Kelantan menyelamatkan mangsa yang terkandas untuk dibawa ke pusat pemindahan.

“Kami menggerakkan pasukan bersama aset iaitu satu unit dinghy, satu unit raft serta tiga unit kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Pasukan ResQ UPSI menggunakan dinghi dalam misi membantu mangsa.

Di Pasir Mas, katanya, pasukan ResQ menyelamat mangsa banjir yang terkandas dan menghantar bantuan makanan kepada mangsa yang terkandas dan terputus bekalan makanan bermula dari gelombang pertama yang bermula pada 19 Disember lalu.

Md Amin berkata selain ResQ UPSI, pada misi membantu mangsa berkenaan turut disertai Yayasan Amal, MyFundAction serta Raja Shamri Foundation.

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button