NasionalNegeri

FAMA tingkat bekalan BPT kepada 5,000 kampit seminggu

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkasa Pelan Intervensi
Beras Putih Tempatan (BPT) di negeri ini apabila bekalan bertambah hampir sekali ganda daripada sebelum ini bagi menampung permintaan yang tinggi di Perlis.

Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, Pusat Operasi FAMA Perlis telah menerima 3,000 kampit beras setiap seminggu untuk edaran bermula September tahun lalu.

BPT yang diagihkan ke salah sebuah outlet FAMA. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

“Terbaharu ia ditambah kepada 5,000 kampit setiap minggu sekaligus dengan jumlah ini dijangka akan mampu menampung permintaan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Anzara berkata, ini bersesuaian dengan Pelan Intervensi BPT ini adalah untuk menjamin bekalan beras putih tempatan yang dilaporkan berlaku kekurangan bekalan dalam negara.

“Pelan ini juga untuk memastikan ketersedian bekalan BPT di Pusat Operasi FAMA dan outlet-outlet pemasaran FAMA,” katanya.

Mohd Anzara berkata, FAMA Perlis telah menerima 578.08 metrik tan (57,808 kampit) sejak bermula Pelan Intervensi ini pada September 2023.

“Agihan BPT ini dibuat pada setiap minggu menerusi 28 outlet pemasaran FAMA seperti Agrobazaar, Pasar Tani Kekal dan Pasar Tani,” tambahnya.

BPT juga boleh didapati di Jualan Agro Madani yang dianjurkan oleh FAMA pada setiap minggu. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

Selain agihan ke outlet pemasaran katanya, FAMA turut mengadakan jualan terus kepada pengguna melalui Jualan Agro Madani (JAM) yang telah dianjurkan sebanyak 91 kali di lokasi terpilih seluruh Perlis.

Jelasnya, untuk pengguna dan rakyat negeri Perlis yang menghadapi masalah bekalan BPT ini, bolehlah terus ke outlet-outlet FAMA yang berdekatan dan program Jualan Agro Madani yang dianjurkan oleh FAMA pada setiap minggu. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button