fbpx


Nasional

Lambakan daging korban di Mekah setiap tahun

SETIAP tahun berlaku lambakan daging korban di Mekah yang memaksa pihak berkuasa di sana menghantarnya ke negara lain.

Ia berikutan terlalu ramai umat Islam yang melaksanakan ibadah korban tersebut yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan, malah seluruh dunia.

Justeru, orang ramai di negara ini dinasihatkan supaya meneliti semula niat untuk melaksanakan ibadah korban di sana.

Selain mencari keredaan dan mengejar keberkatan, dikhuatiri akan berlaku pembaziran akibat lebihan daging korban.

“Setiap tahun, berlaku lambakan daging sembelihan korban di Mekah sehinggakan kerajaan Arab Saudi terpaksa hantar ke negara lain yang memerlukan.


BACA > Penguatkuasa DBKL dibaling gelas terima penghargaan — Suara Merdeka

“Jika tidak, akan berlaku pembaziran.

“Apabila ada pihak tertentu memaklumkan kepada saya tentang cadangannya untuk membuat sembelihan Korban Di Mekah.

“Sedangkan dia di Malaysia, saya agak tertanya-tanya. Banyak persoalan yang timbul di fikiran.

“Dengan rendah diri, ingin saya mencadangkan elok sesiapa yang terlibat semak dengan teliti.”

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam Facebooknya berhubung program korban di Mekah sambil merujuk kepada satu portal Arab News.

Portal tersebut sebelum ini pernah melaporkan tindakan kerajaan Arab Saudi menyalurkan daging korban kepada lebih 30 juta umat Islam di 27 negara.

 

BACA > Nyaris maut akibat durian ‘terbang’ — Suara Merdeka

Antara negara yang menerimanya di Mekah adalah seperti beberapa negara di Asia dan Afrika.

Lapornya lagi, lambakan daging korban adalah masalah yang berlaku setiap tahun ketika sehingga terpaksa dibuang.

“Jemaah di sana tidak boleh makan semua daging korban di sana, jadi kebanyakannya terbiar di tepi jalan sehingga menyebabkan masalah kebersihan dan bau.

“Malah, pada satu tahap, pihak berkuasa terpaksa menanam lebihan daging tersebut untuk mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

“Justeru, kerajaan melalui inisiatif Adahi mewujudkan satu tindakan khas sejak 1983 bagi membantu orang miskin.

“Melalui inisiatif tersebut, setiap tahun lebih 30,000 ekor kambing, lembu dan unta di sembelih untuk diserahkan kepada 30 juta umat Islam termasuk pelarian di seluruh dunia,” jelasnya.

BACA > Peguam hadapi dua pertuduhan atur kes mahkamah — Suara Merdeka

Tambah laporan itu lagi, inisiatif Adahi adalah sebahagian daripada usaha kerajaan menangani lambakan daging korban setiap tahun ketika musim haji. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button