NasionalNegeri

OLD Frees Association anjur sambutan ulangtahun ke-100 pada 17 April

OLD Frees Association (OFA) bakal menganjurkan majlis sambutan ulangtahun ke-100 pada 17 April depan di The OFA, Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Perkara ini dipersembahmaklumkan oleh Presidennya, Andrew Lim Chong Huat kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena majlis sembah mengadap hormat oleh kepimpinan OFA 2022-2023 di Galeri Diraja Arau.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pihak OFA juga mempersembahkan undangan rasmi kepada Raja Perlis selaku Penaung DiRaja OFA dan Raja Muda Perlis untuk berangkat menghadiri sambutan perayaan tersebut.

Baginda berdua yang juga merupakan bekas pelajar Penang Free School itu turut dipersembahkenalkan kepada seramai 14 ahli jawatankuasa OFA dan juga ahli jawatankuasa sambutan OFA yang ke-100.

Antaranya termasuk Naib Presiden, James Liaw Keng Siong, Setiausaha Kehormat, Alex Tan Hee Aik dan Bendahari Kehormat, Raman a/l R.M. Athappan.

Majlis sembah mengadap tersebut diselaraskan oleh Naib Presiden OFA, Enrique Tan Kim Hock dan Ahli Seumur Hidupnya, Ivan Ooi.

Tuanku Syed Sirajuddin dalam titah menzahirkan prihatin tentang isu penghijrahan kumpulan profesional, tenaga pakar dan bakat ke luar negara untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik atau lebih dikenali sebagai ‘brain-drain’ yang merupakan satu isu amat besar dan tidak boleh diambil mudah kerana ianya bakal memberi kesan kepada negara.

Titah Raja Perlis lagi, segala perancangan dan plan jangka masa panjang terutama sekali dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan serius.

Tambah Baginda, ia patut dinilai tambah tanpa mengubah-ubah polisi tertentu setiap kali bertukar pucuk kepimpinan, yang boleh memberi kesan kepada generasi muda terutama sekali untuk melahirkan tenaga pakar dan bakat dalam negara kita tersayang ini. – SM

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button