Nasional

KWSP, moratorium: BN masih boleh buat ‘barter trade’ dengan kerajaan

AHLI Parlimen blok Barisan Nasional (BN) masih lagi boleh menawarkan ‘barter trade‘ dengan kerajaan untuk meluluskan Belanjawan 2021 diperingkat jawatankuasa.

Ini bermakna, sekiranya terdapat kesukaran dalam permohonan pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman, BN masih boleh mendesak kerajaan untuk memudahkannya.

Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di peringkat jawatankuasa adalah lebih penting berbanding dasar yang diluluskan semalam.

Kerana, dalam peringkat tersebut, segala perincian saluran peruntukan akan diketahui dan dibahaskan sebelum diluluskan di Dewan Rakyat untuk dibawa ke Dewan Negara.

“Secara dasarnya, Kementerian Kewangan setuju dengan cadangan UMNO-BN.

“BN dan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang pun masih  boleh lagi meminta kerajaan memudahkan lagi pengeluaran KWSP dan pemberian moratorium pinjaman.

“Belanjawan akan jadi muktamad selepas memasuki Dewan Negara dan diluluskan di peringkat tersebut.

“Dalam proses kelulusan, yang terpentingnya adalah peringkat perbahasan jawatankuasa.

AHMAD FAKHRI ABU SAMAH

“BN masih lagi buat ‘barter trade’ dengan kerajaan dalam perbahasan peringkat jawatankuasa dan diluluskan sebelum di bawa ke Dewan Negara.”

Demikian kata peguam dan penganalisis politik Ahmad Fakhri Abu Samah ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini berhubung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 yang akan bermula Isnin nanti.

Terdahulu, BN diwakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan syarat berkaitan KWSP dan moratorium untuk pihaknya menyokong kelulusan belanjawan.

Sementara semalam, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdu Aziz, dalam ucapan penggulungannya menyatakan persetujuan kepada syarat BN.

Bagaimanapun, moratorium pinjaman diberikan secara automatik kepada golongan B40, sementara M40 dan T20 perlu membuat pengisytiharan kendiri.

Bagi KWSP pula, Tengku Zafrul memaklumkan pengeluaran boleh dikeluarkan sebanyak RM10,000 secara one-off kepada lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kedua-dua syarat tersebut tidak dipenuhi secara seratus peratus, berbanding dikemukakan BN sebelum ini yang mahu KWSP kepada semua pencarum dan pemberian moratorium secara automatik.

ADNAN SEMAN

Sementara itu, peguam dan penganalisis politik, Adnan Seman turut memaklumkan BN dilihat menyokong Belanjawan 2021 kerana syaratnya dipenuhi secara prinsip.

“Menteri Kewangan tidak full address kepada syarat BN, maksudnya ada kompromi dekat situ.

“Tetapi, secara prinsipnya, kerajaan memenuhi syarat yang dimaklumkan BN.

“Walau bagaimanapun, kalau ada isu berbangkit (berkaitan KWSP dan moratorium) ia masih boleh dibangkitkan dalam perbahasan peringkat jawatankuasa.

“Ia akan ada bacaan untuk dibawa kepada peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan, kemudian akan ada bacaan ketiga.

“Memanglah blok BN boleh bangkitkan, untuk pastikan kerajaan memudahkan proses permohonan. Cuma untuk memperingatkan kerajaan untuk mepermudahkan proses,” jelasnya. – SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button