Nasional

UniMAP sewa 30 buah bas hantar pelajar pulang kampung

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan menyewa 13 buah bas khusus untuk menghantar lebih 500 pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Inisiatif tersebut diambil susulan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sebaik sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Canselor, Prof. Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad berkata, melalui inisiatif tersebut, UniMAP percaya ia mampu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan telah menyebabkan dua kematian di Malaysia.

“Untuk malam ini sebanyak 13 buah bas terlibat dan bagi perjalanan 18 Mac pula, UniMAP menyediakan 17 buah bas lagi untuk menampung 680 pelajar menjadikan keseluruhan 30 buah bas dengan 1200 pelajar terlibat.

“Bas-bas yang disediakan ini membabitkan perjalanan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta negeri-negeri di Pantai Timur dan setiap pelajar turut menjalani pemeriksaan kesihatan khas yang dikendalikan oleh pasukan petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan menaiki bas.

“Dengan cara ini, kita berharap para pelajar tidak terdedah kepada risiko kontak bersama orang awam selain dapat memastikan pelajar selamat tiba ke kampong halaman masing-masing,” ujarnya.

Beliau menambah, selain inisiatif tersebut, UniMAP turut menyediakan penginapan kepada para pelajar yang tidak pulang ke kampung dengan kemudahan kedai runcit serta kafeteria beroperasi seperti biasa tetapi hanya terhad untuk makanan berbungkus sahaja.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button