Nasionalpilihan

Kes penderaan kanak-kanak di Melaka meningkat 220 kes

Sebanyak 306 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan berlaku di negeri ini meningkat sebanyak 220 kes berbanding 86 kes pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, sebanyak 306 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Menurutnya, agak memeranjatkan kes penderaan kanak-kanak tahun ini meningkat mendadak jika hendak dibandingkan sebanyak 86 kes yang dilaporkan tahun lalu.

“Kebanyakan kes dera yang berlaku di negeri ini melibatkan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen manakala ada juga penderaan oleh ibu bapa berlaku di rumah.

“Baru-baru ini sebuah taska diarahkan tutup ekoran penderaan seorang kanak-kanak di Pertam. Saya tengok sendiri kanak-kanak yang didera itu di hospital yang amat
menyedihkan.

JKM telah mengarahkan taska itu ditutup serta-merta oleh JKM selepas hasil siasatan mendapati ia beroperasi tanpa lesen.

“JKM juga membuat gerak kerja di mana semua taska yang berlesen terus dipantau di seluruh negeri ini jika ada yang tidak berlesen kita arahkan untuk ditutup,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kutipan Sumbangan Tabung Palestin oleh Pergerakan Wanita UMNO Melaka di Dewan UMNO Hang Tuah Jaya, Bukit Katil di sini hari ini.

Sebanyak RM116,135 berjaya dikutip dalam tempoh dua hari tabung itu dilancarkan di enam Bahagian UMNO di negeri ini yang akan diserahkan kepada Kementerian Luar
bagi membantu rakyat Palestin.

Mengulas lanjut Kalsom menyeru kepada ibu bapa untuk memastikan taska anak-anak yang hendak dihantar mempunyai lesen yang sah dikeluarkan oleh JKM selain keadaan sekelilingnya.

Menurutnya, amat menyedikan jika berlaku kes penderaan melibatkan taska khususnya yang beroperasi tanpa lesen yang sah.

“Setakat ini tiada laporan kes berkenaan melibatkan taska-taska yang di bawah pemantauan JKM,” ujarnya.

Beliau berkata, tahun ini sebanyak 35 taska telah diarahkan menutup operasi serta-merta kerana beroperasi tanpa kebenaran daripada JKM. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button