Nasional

Akibat terjejas kerana banjir, ini lima bantuan yang kerajaan salurkan kepada warga Baling!

Walaupun masih berada di Turkiye untuk lawatan rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap memantau kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di Baling, Kedah sejak semalam.

“Agensi penyelamat masih menjalankan tugas untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Semalam, saya telah mengarahkan Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara untuk menyelaraskan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.

Antara bantuan-bantuan awal yang diberi kepada ketua isi rumah merangkumi

  • Bantuan Wang Ihsan – RM1,000
  • Bantuan Barang Keperluan Asas – RM2,500
  • Bantuan Barangan Elektrik – RM500
  • Pembaikan rumah


Dalam masa sama, Perdana Menteri amat berduka cita atas pemergian tiga mangsa yang telah meninggal dunia.

“Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar yang mewakili saya bersama-sama pihak ICU dan NADMA telah menyampaikan BWI sebanyak RM10,000 seorang kepada waris-waris mangsa yang telah meninggal dunia tersebut.

“Bantuan-bantuan lain akan disusuli dengan segera termasuklah kerja-kerja pembersihan kawasan dan projek projek tebatan banjir yang kritikal,” kongsi Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga akan pastikan kebajikan mangsa-mangsa diberi perhatian sepenuhnya dengan kerjasama daripada semua pihak baik dari Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button