Nasional

Polis buru pemandu tabur paku di Jalan Ipoh-Lumut

POLIS sedang mencari pemandu Nissan Almera yang didakwa membaling paku di Jalan Ipoh-Lumut dekat pusingan U di sini sehingga menyebabkan kenderaan lain rosak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihak berkuasa menyedari perbuatan itu susulan rakaman video berdurasi 24 saat kejadian itu yang dikongsi di Twitter oleh seorang netizen semalam.

“Seorang pengguna jalan raya membuat laporan polis berhubung kejadian itu selepas tayarnya pancit ketika memandu di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan laporan itu, beliau berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kerosakan melalui perbuatan khianat.

Video itu menunjukkan pemandu itu membelok ke kanan di lampu isyarat dan membaling paku ke atas jalan pada masa yang sama. Kejadian itu dirakam oleh seorang lagi pemandu di belakang Nissan Almera.

Mohamad Roy berkata, polis sedang menggiatkan usaha mengesan pemilik Nissan Almera hitam bernombor pendaftaran AJK 869 untuk siasatan lanjut. -SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button