Nasional

Ebit Lew bawa 157 orang peluk agama Islam dengan rela

NIAT dihati hanya untuk menyampaikan bantuan, tetapi siapa sangka kerana niat yang baik itu, satu kampung memeluk agama Islam.

Perkara itu dikongsikan pendakwah bebas, Ebit Lew ketika dia hadir ke satu daripada di Semporna, Sabah yang dihuni suku Bajau Laut.

Ebit sendiri turut memberitahu yang dia menangis kegembiraan kerana sebanyak 157 orang telah mengucap kalimah syahadah.

“Saya ke sana untuk beri bantuan kerana dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara.

“Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” katanya.


Secara tiba-tiba menurut Ebit, ramai daripada mereka bertanya siapa tuhan, apa itu tuhan sehingga membuatnya rasa sebak.

Malah, penduduk kampung itu turut memberitahu yang tiada sesiapa pernah menerangkan apa-apa berkenaan agama.

“Mereka tidak tahu langsung apa itu agama. Tolong beritahu kami. Saya terus sebak dan saya kumpulkan semua dikeliling bot.

“Mereka terus percaya, saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih dan gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” katanya.

Jelasnya, buat masa ini dia akan terus memberi bantuan makanan kepada seluruh kampung atas laut ini.

Ujarnya, dia juga sedang merancang untuk membina sekolah dan mencari guru serta ustaz untuk mengajar mereka.

“Saya akan bayar gaji guru-guru yang sedia mengajar di sini.

“Ya Allah, bantulah mudahkan diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” jelasnya.

Ebit kini berada di Sabah untuk memberi bantuan seperti gajet untuk pendidikan dan bantuan-bantuan lain kepada penduduk di negeri tersebut yang memerlukan. -SM

(Visited 2,534 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button