Nasional

Kluster mahkamah tamak mahu bolot kuasa kerana terdesak elak masuk penjara

UMNO membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya memasksa rakyat Johor menghadapi pilihan raya kerana kumpulan kluster mahkamah sudah tersedat mahu bolot kuasa untuk elak masuk penjara.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, mereka tidak mahu wujud parti lain yang boleh bagi semak imbang dalam kerajaan supaya boleh menyembunyikan salah laku.

“Saya sudah sebutkan sebelum ini bahawa kluster mahkamah amat terdesak kerana mahu mengelak masuk penjara.

“Bermula dengan Najib, sekarang diikuti oleh Zahid. Kedua-duanya berhadapan dengan penjara atas sebab yang sama iaitu dituduh menyelewengkan wang.

“Hari ini mereka menggunakan parti mereka untuk memaksa Bangsa Johor menghadapi pilihanraya.

“Mereka tamak mahu membolot kuasa. Tak mahu wujud parti lain yang boleh bagi semak imbang dalam kerajaan supaya kalau ada rasuah boleh disembunyi.

“Agaknya banyak mana lagi duit rakyat yang akan diseleweng kalau matlamat mereka membolot kuasa dapat dicapai,” katanya.

Menurut beliau, apabila mahkamah telah memutuskan bahawa ada kes prima facie terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermaksud pihak pendakwaan telah menunjukkan cukup bukti untuk menunjukkan kesalahan.

Sebab itu katanya, Ahmad Zahid sekarang mesti membela diri jika tidak mahu ke penjara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telahpun membuat keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan rasuah.

Seorang peguam, Adzly Ab Manas @Lwyr Adzly berpendapat, pihak Pendakwaan sebenarnya pada peringkat ini telah berjaya membuktikan kes mereka mempunyai kes prima facie pada pandangan Yang Arif Hakim, Collin Lawrence Sequerah.

ada hemat Lwyr Adzly, standard pembuktian di peringkat ini hanya perlu dibuktikan oleh Pendakwaan adalah standard pembuktian “Imbangan Kebarangkalian” sahaja.

Peguambela tertuduh kini perlu membuktikan terdapatnya keraguan kes di peringkat bela diri dengan memanggil saksi-saksi pembelaan mereka.

Kata Lwyr Adzly, peguambela perlu meyakinkan Yang Arif Hakim bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah.

“Saya berharap semua ahli-ahli UMNO bersabar dan berdoa agar pasukan peguam Datuk Seri Presiden parti dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang dan bijaksana di ketika peringkat bela diri nanti,” katanya.

 

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button