JenayahNasionalNegeri

Cari penderhaka simbah cat pada papan iklan gambar Raja Muda Perlis

“BILLBOARD” atau papan iklan yang tertera gambar Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Bulatan (roundabout) Simpang Tiga, Jalan Persiaran Jubli Emas, Kangar telah disimbah dengan cat merah.

Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit Kepada (SUSK) Raja Perlis, Saiful Amri Ahmad Safian.

Gambar wajah Raja Muda Perlis di papan iklan yang terletak di Bulatan Simpang Tiga, Kangar disimbah cat. – Gambar Ihsan FB AMK Perlis

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd. Yusop mengesahkan laporan itu dibuat pengadu pada pukul 9.31 pagi semalam (5 Mac 2024).

Katanya, mengikut fakta kes bahawa pengadu pada pukul 8.30 pagi, pada 5 Mac telah mendapat maklumat berserta gambar dan video mengatakan terdapat simbahan cat merah pada “billboard” pada tempat berkenaan.

“Pengadu kemudiannya telah membuat rondaan pada pukul 9.20 pagi pada tarikh berkenaan dan mendapati tiada lagi simbahan cat berada di
“billboard” tersebut,” katanya.

Yusharifuddin berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Sekayen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana khianat.

Yusharifuddin Mohd Yusop

Sementara itu, Ketua Penerangan Keadilan Perlis, Leong Chee Wei berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan vandalisme yang biadap dan tidak menghormati institusi DiRaja.

Dalam kenyataan dari Facebook (FB) Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan biadap pihak tertentu yang mencemar dan mengotorkan papan iklan yang memaparkan gambar Raja Muda Perlis.

“AMK Perlis mahu institusi Diraja dijaga bertepatan dengan prinsip Rukun Negara ke dua iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.

Katanya, AMK menggesa pihak berkuasa mencari individu yang biadap dan derhaka ini supaya tindakan setimpal dapat dikenakan ke atas pelaku. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button