Aksesori

LG Electronics tawarkan sewa beli untuk keperluan rumah

LG Electronics (M) Sd Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran LG Rent-Up, bagi perkhidmatan penyewaan peralatan rumah komprehensif pertama di Malaysia. Program penyewaan sewa beli ini menawarkan kelengkapan baragan rumah dari LG.Melalui program LG Rent-Up terdapat di sembilan rangkaian produk LG termasuk penulen air, penulen udara, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, TV dan banyak lagi, rakyat Malaysia kini boleh menaik taraf rumah mereka dengan mudah dengan tempoh sewaan fleksibel minimum 5 tahun untuk tempoh maksimum 7 tahun, bergantung pada rangkaian produk yang dipilih.

Penapis Air LG dan Penapis udara dari LG menawarkan skim sewan beli

Peti Ais, Mesin Baju, dan drayer baju sewa beli

Menurut Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi, melalui LG Rent-up ini dapat membantu seisi rumah memiliki dan menikmati tanpa bayaran bulanan yang tinggi.

‘’Kami sangat teruja untuk memperkenalkan program penyewaan LG Rent-Up™ kami yang komprehensif kepada rakan-rakanrakyat Malaysia. Dengan LG Rent-Up™, kami berhasrat untuk mentakrifkan semula pengalaman penyewaan dengan melengkapkan rakyat Malaysia dengan produk dan perkhidmatan inovatif kami, tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang berlebihan’’, jelasnya.

Penghantaran dan pemasangan juga percuma LG Rent-Up™ menawarkan waranti standard sepanjang tempoh sewaan selama 5 tahun namun jaminan ditawarkan pula selama 10 tahun.

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button