fbpx
Nasional

Kluster Covid-19 di Rembau, 60 pekerja kilang dijangkiti

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengenalpasti satu kluster Covid-19 yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.

Kluster tersebut mula dikesan pada 2 Mei dan melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara.

Kluster tersebut bermula apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan saringan ujian COVID-19 dijalankan pada 10 April.

“Pada 12 April 2020, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif.


“Siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan tersebut telah dijalankan,” kata Dr. Noor Hisham.

Sehingga hari ini pukul 12 tengah hari seramai 786 orang telah disaring terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan.

Warganegara asing yang terlibat adalah Nepal (25), Bangladesh (8), Indonesia (8) dan Myanmar (2).

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.

Sementara itu BERNAMA melaporkan hari ini tiada kematian direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kekal 107 kes

Kes baharu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam iaitu 68 kes dengan 57 kes melibatkan kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya Dr. Noor Hisham.

Terdapat 88 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlahnya lebih tinggi berbanding kes baharu.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, satu kluster baharu dikenal pasti melibatkan 60 kes positif iaitu 53 warga asing dan tujuh warga tempatan di sebuah kilang di Pedas.

“Seperti yang dimaklumkan pada 2 Mei, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

“Kluster ini mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang itu didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan berkenaan dilakukan dan sehingga hari ini, 786 orang telah disaring untuk COVID-19 terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. -SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button