Nasional

Kenduri kahwin punca Covid-19 merebak di Kelantan

KENDURI kahwin telah dikenal pasti sebagai punca Covid-19 merebak di Kelantan ekoran muncul kluster baharu di Ketereh.

Kluster dikenali sebagai Paloh Rambai itu membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr. Izani Husin memberitahu, punca penyebaran kluster ini daripada majlis perkahwinan anak wanita terbabit yang diadakan pada 13 Mac lalu.

Beliau memberitahu, wanita itu dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 Mac lalu dan disahkan positif Covid-19 sehari selepas itu.

Dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) untuk rawatan lanjut.


Ekoran daripada itu, 20 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster tersebut membabitkan daerah Kota Bharu dan Bachok.

Kluster itu katanya, terdiri dalam kalangan guru, kakitangan dan murid di beberapa sekolah dan ahli keluarga rapat.

(Visited 681 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button