Nasional

Polis cekup empat individu miliki ganja mampat seberat 1,064 gram

MELAKA 14 Februari – Polis berjaya menahan tiga lelaki bukan warganegara dan seorang wanita tempatan serta merampas lapan ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 1,064 gram dalam satu serbuan di sebuah kondominium berhampiran Sungai Melaka, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Petit berkata, mereka yang ditahan ialah dua lelaki warganegara Pakistan dan seorang dari India berusia antara 23 hingga 28 tahun kira-kira pukul 10.00 malam.

Menurutnya, dalam serbuan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, menemukan enam ketulan mampat ganja seberat 416 gram dan dua ketulan lagi dadah yang sama seberat 648 gram.

“Polis turut merampas dua buah kereta jenis MyVi dan Kia Spectra serta wang tunai berjumlah RM2,390. Nilai keseluruhan rampasan adalah bernilai RM40,000.

“Hasil siasatan dadah jenis ganja yang dirampas boleh dibekalkan antara 1,000 hingga 1,500 pelanggan dan mereka mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM53,000,” ujarnya di sini hari ini.

Petit berkata, seorang wanita yang ditahan itu merupakan kekasih kepada salah seorang lelaki Pakistan dan tinggal serumah bersama suspek lain di kondominum tersebut.

Jelasnya, hasil siasatan lanjut mendapati mereka terlibat dalam mengedar dadah tersebut di sekitar bandar Melaka.

Katanya, salah seorang daripada lelaki Pakistan bekerja sendiri dan rakannya memasang penghawa dingin, suspek warganegara India pula merupakan seorang penggangur manakala wanita tempatan pula bekerja sebagai jurujual.

“Kesemua suspek warganegara asing sudah menetap di negara ini antara dua hingga lima tahun dan kesemua mereka masih bujang,” ujarnya.

Hasil semakan kata Petit lagi, ke semua suspek tiada mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan awal polis dapati kesemua mereka negatif.

Katanya, kesemua suspek ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah direman selama tujuh hari sehingga 18 Februari ini.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati. – SM

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button