Nasional

SUKIPT 2022 beri impak ekonomi kepada UPSI, penduduk Muallim

Penganjuran Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang melabuhkan tirai hari ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyaksikan peningkatan impak ekonomi buat para pengusaha perniagaan di sekitar daerah ini.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, UPSI yang terletak di daerah Tanjung Malim, Perak, menyediakan prasana sukan terbaik di kedua buah kampus induk iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJ), Tanjung Malim (8 ekar) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Proton City, (80 ekar) serta menjadi tumpuan lebih 8,000 petugas sekretariat dan atlet, 66 kontinjen IPT awam dan swasta seluruh tanahair sepanjang penganjuran sukan di peringkat IPT tersebut.

“Pada Malam Majlis Perasmian SUKIPT yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad 14 Ogos lalu, lebih 10 ribu pengunjung tidak mahu ketinggalan memenuhi sekitar stadium dan kampus UPSI bagi menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang yang penuh bersejarah ini, “ katanya.

Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed

“Malah berdasarkan tinjauan awal oleh Sekretariat enumerator UPSI mendapati pengusaha perniagaan sekitar daerah ini memperoleh keuntungan berlipat kali ganda terutamanya industri makanan dan penginapan, secara tidak langsung membantu bangkitkan kembali ekonomi penduduk sekitar yang dilanda kemelut pandemik Covid 19 sejak dua tahun lalu,” jelasnya dalam suatu kenyataan.

Minuman isotonik UPSIDE yang diusahakan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan mendapat sambutan peserta SUKIPT 2022.

Sementara itu Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed berkata menerusi data Strategik Business Unit (SBU) oleh Unit Penjanaan, Risiko dan Sistem, Jabatan Bendahari UPSI, menunjukkan unjuran keuntungan mencecah RM20 ribu ringgit hasil perolehan jualan perkhidmatan dan produk buatan UPSI dipamerkan ruangan sepanjang lebih 10 hari temasya SUKIPT berlangsung.

Urutan rehabilitasi oleh pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

“Pelbagai rangkaian produk keluaran UPSI daripada pelbagai fakulti dan pusat tanggungjawab yang turut serta antaranya daripada Pusat KoKurikulum ,Pusat Sukan, Pusat Wakaf, Zakat, Khairat, Sedekah UPSI (WEZAS), FTV Incorporated, UPSI Holding Sendirian Berhad (UHSB), Fakulti Sains Sukan Kejurulatihan (FSSK), Pusat Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Pejabat Karang Mengarang (PKM) terus mendapat perhatian daripada seluruh lapisan masyarakat menerusi pameran pada reruai yang dibuka.

“Antara produk hasil penyelidikan yang mendapat sambutan ialah minuman isotonik UPSIDE, pembersih tangan pembasmi kuman, permainan pembelajaran interaktif ‘Stem Roll A Dice’, ‘Eco Clay’, Gamification keluaran fakulti-fakulti, buah-buahan, pastri serta buku-buku keluaran PKM UPSI” jelasnya.

Produk keluaran FTVInc , Fakulti Teknikal dan Vokasional.

Selain produk keluaran UPSI, katanya, terdapat perkhidmatan yang juga mencuri tumpuan pengunjung turut ditawarkan seperti rawatan urutan sukan dan rehabilitasi serta perkhidmatan tunggangan ATV sekitar kampus yang dibuka sehingga kejohanan SUKIPT 2022 melabuhkan tirainya esok.

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button