Nasional

KKD tumpu selesai isu rangkaian, kualiti internet dalam Bajet 2023

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital akan memberi tumpuan pada rangkaian dan kualiti perkhidmatan internet dalam Bajet 2023.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, fokus kementeriannya adalah ingin menyelesaikan masalah rangkaian internet terutama di kawasan terpencil berpenduduk sekitar tiga peratus.

“Fokus kementerian untuk menyelesaikan masalah rangkaian internet terutama kawasan berpenduduk 3% yang terakhir.

“Ini seperti kawasan pedalaman, kampung Orang Asli yang mungkin jaringan fiber bagi banyak syarikat, kosnya tinggi dan kita akan teliti beberapa perkara termasuk penggunaan internet satelit contohnya. Juga beberapa teknologi lain untuk kita selesaikan

“Tiga pertaus ini untuk makluman merangkumi lebih kurang 3,000 kawasan. Jumlah penduduk 50 – 100 orang tetapi penting untuk kita libatkan dalam ekonomi digital,” kata ketika bertemu pemberita di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Lucky Garden Resident, Lembah Pantai.

Selain itu, Fahmi turut menyentuh mengenai mutu perkhidmatan yang selalu dibangkitkan oleh pelanggan telekomunikasi dan perlu diselesaikan oleh kementeriannya.

“Sekarang kita bayar bil bila kita lewat akan dipotong. Tetapi bila mutu tidak menepati kemahuan kita, tidak pula ada kesan.

“Memang pelanggan boleh buat aduan terhadap mutu perkhidmatan tetapi saya ingin selesaikan secara pukal (masalah). Ada teknologi yang kita teliti dan teknologi ini sedang digunakan bagi beberapa penyelesaian yang telah dilaksanakan oleh MCMC. Kita ingin luaskan penggunaannya,” katanya. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button