Mahkamah

Kes Zahid: UKSB beri suapan lebih daripada keuntungan syarikat?

Saksi pertama perbicaraan pertuduhan rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengemukakan dokumen berkaitan sebuah syarikat yang dilantik sebagai kontraktor melaksanakan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Dalam Negeri.

Penolong Pendaftar Syarikat dan Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah itu memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa bagi tahun berakhir 2017 pendapatan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) adalah sebanyak RM33 juta dan keuntungan direkodkan ialah RM2.8 juta.

Peguam bela Hamidi Mohd Noh ketika menyambung soal balas meminta saksi mengesahkan bahawa dokumen itu adalah tepat dan tidak diubahsuai.

Ini adalah kerana ia menimbulkan persoalan bagaimana UKSB boleh membayar rasuah dengan jumlah yang jauh lebih tinggi daripada keuntungan syarikat berkenaan.

Ahmad Zahid telah dituduh menerima suapan dari UKSB yang melibatkan wang tunai pelbagai matawang, iaitu, Singapore dollar SGD14.71 juta, RM3.125 juta, US dollar AS$15, 000 dan matawang Euro berjumlah 5,000 Euro.


Sebanyak 20 saksi akan dipanggil dan 40 pertuduhan rasuah membabit Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Saksi kedua bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri sedang memberi keterangan. – SM

 

(Visited 104 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button