HaiwanLuar Negara

Rusa ‘terbang’ tinggi ke udara

SEEKOR rusa melompat tinggi sehingga kelihatan seperti melayang ke udara di sebuah hutan di India untuk melintas jalan, baru-baru ini.

Aksi haiwan itu sempat dirakamkan oleh sebuah pertubuhan pemuliharaan alam semula jadi yang dikenali sebagai WildLens Eco Foundation.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi Twitter milik pertubuhan tersebut dengan kapsyen “Dan pingat emas untuk lompat jauh & tinggi jatuh kepada…” dan telah mendapat 135,000 tontonan pada Selasa lalu.

Dalam video tersebut kelihatan seekor rusa berbintik muncul dari sungai dan melompat dengan mudah untuk melintasi jalan yang tidak bertar.

Dalam lompatan yang luar biasa itu, rusa melompat dan melayang ke udara sehingga setinggi seorang lelaki dewasa yang sedang menyaksikan aksi lompatan tersebut, seolah-olah tergantung dengan wayar lutsinar seperti dalam filem kung fu Hong Kong.

Rusa tersebut kemudiannya selamat mendarat di seberang jalan dan berlari dengan pantas serta tergesa-gesa ke dalam hutan.

Menurut laman web World Deer, sebahagian rusa dianggap boleh melompat setinggi 3.65 meter bergantung pada jenis spesies haiwan tersebut. -SM

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button