Politik

Kerajaan Perpaduan: Pemuafakatan PH, BN, GPS, GRS, Warisan dimeterai

Lima gabungan parti politik yang membentuk pentadbiran Kerajaan Perpaduan dibuat atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini
menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di Bangunan Perdana Putra.

Gabungan tersebut terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menandatangani
perjanjian menyokong Kerajaan Perpaduan.

Majlis pemuafakatan itu penting bagi Anwar selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan yang diketuainya demi mengukuhkan kestabilan dan kedudukan kerajaan sekarang.

Ia sekali gus mendahului usul percaya dan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.

Perjanjian (MoU) yang dinamakan Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan itu menggariskan kerjasama bersama bagi menamatkan kemelut politik negara selepas Pilihan Raya Umum
ke 15 (PRU15).

Program dimulakan dengan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani setiausaha-setiausaha gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN) Datuk Loretto S. Padua Jr (Warisan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS) dan Datuk Seri Masidi Manjun (GRS).

Selepas itu disusuli majlis menandatangani perjanjian sama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH; Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi
Hamidi; Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu; Presiden
Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button