Politik

Salah guna kuasa akan didakwa bila PH kembali berkuasa

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengingatkan pemimpin Perikatan Nasional segala salah guna kuasa akan dibongkar bila Pakatan Harapan kembali berkuasa.

Dalam ciapan Twitternya, Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, mereka juga akan didakwa di mahkamah sekiranya Pakatan Harapan kembali memerintah negara.

Ingatan itu dibuat berikutan desas-desus kedudukan kerajaan Perikatan Nasional yang kini seolah-olah berada dalam kedudukan yang getir.

“PN di hujung tanduk? Kesannya, sila ingat semua, apa jua salah guna kuasa akan dibongkar dan didakwa oleh PH bila kembali berkuasa.

“Nasihat saya, walaupun PN cenderung pada kejahatan dan rasuah, semua pihak dipohon bertindak secara profesional dan beretika. Kekal bersih,” kata Ahli Parlimen Shah Alam tersebut.

Seorang penulis blog sebelum ini menyatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan mengantikan Perikatan Nasional.

Berdasarkan dakwaan terbabit, menurutnya, PH kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen sekaligus mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan.-SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button